Wednesday, August 20, 2014

FAKTA DAN MITOS I-THINK

FAKTA DAN MITOS

Bahagian ini cuba menjawab soalan yang sering ditanya.

Soalan 1: Apa itu program i-THINK?
Jawapan: Program untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif.

i-THINK membawa maksud innovative THINKING (pemikiran inovatif). Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir.


Soalan 2: Bagaimana hendak menggunakan Peta Pemikiran?

Jawapan:Peta Pemikiran digunakan berdasarkan proses pemikiran yang hendak digunakan dalam sesuatu tajuk sebagai contoh untuk membandingkan antara A dan B memerlukan proses pemikiran membanding beza. Peta yang paling sesuai adalah Peta Buih Berganda.

Soalan 3: Apakah tugas pasukan pemandu?
Jawapan: Menjadi penggerak, sumber rujukan, model, penyokong, penggalak kepada guru dan murid.

Soalan 4: Bagaimana merancang pelaksanaan program ini?




Soalan 5: Adakah Peta Pemikiran satu-satunya alat untuk menggalakkan murid berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Jawapan:Peta Pemikiran hanya merupakan salah satu
daripada alat berfikir. Selain itu, mereka boleh
menggunakan peta minda yang lain seperti Habits of
Minds, Thinking Hats, Thinkers keys, clustering, three
story intellect, scamper, route technique, DATT, Mrs.
Potter’s Questions, CORT, Mind mapping, Critical
Thinking, Brainstorming and the Thinking Sandwich.
(Untuk maklumat lanjut sila layari

www.thinkingschool.co.uk/)

Soalan 6:Adakah semua Peta Pemikiran digunakan dalam setiap tajuk?

Jawapan: Murid tidak semestinya menggunakan semua Peta Pemikiran dalam satu
tajuk atau mata pelajaran. Murid perlu menyesuaikan peta dengan tajuk
pembelajaran. Dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir, Peta Pemikiran
diperkenalkan sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras

pemikiran murid.

Soalan 7:Apakah beza antara Peta Dakap dan Peta Pokok?

Jawapan:perbezaan kedua-dua peta ini adalah dari segi proses berfikir dan kegunaannya.

Soalan 8: Adakah penggunaan Peta Pemikiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyukarkan pengurusan masa?


Jawapan: Tidak. Peta Pemikiranmerupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak melibatkan sebarang penambahan masa.

Soalan 9:Adakah perlu templat Peta Pemikiran sentiasa dibekalkan?

Jawapan: Tidak. Templat Peta Pemikiran amat berguna pada peringkat awal apabila guru hendak memperkenalkan penggunaannya. Selepas murid telah memahami konsep Peta Pemikiran, murid boleh melukis Peta Pemikiran mengikut keperluan tugasan.
Soalan 10: Adakah penggunaan Peta Pemikiran ini akan menjejaskan pembelajaran murid yang akan menduduki peperiksaan awam (Tahun 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5)?


Jawapan: Tidak, Peta Pemikiran atau alat pemikiran yang lain dapat membantu murid mengulang kaji pembelajaran.
Soalan 11: Adakah penggunaan Peta Pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran akan menambahkan bebanan tugas guru?


Jawapan:Tidak. Tetapi, sekiranya mereka menggunakan Peta Pemikiran sebagai bahan bantu mengajar dan bukan sebagai alat berfikir, mereka akan rasa terbeban. Perlu diingat bahawa dapatan kajian telah membuktikan Peta Pemikiran ini dapat membantu murid belajar dengan berkesan. Gunakan Peta Pemikiran ini sebagai alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Jangan rasa TERTEKAN!

Soalan 12:Adakah perlu guru mencatatkan Peta Pemikiran yang digunakan dalam Buku Rekod Mengajar?

Jawapan: Guru digalakkan mencatat Peta Pemikiran yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment